[Doa
Pada Hari Kemerdekaan 1957]
Ya
Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri,
para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak
agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam
undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.
Ya
Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar
bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang
diidam-idamkan.
Ya
Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi
sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah
Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana
orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.
Ya
Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami
daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala
buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah
antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan
keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan
rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.
Ya
Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga
daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang
pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki.
Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang
melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah
lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah
diterima.
[Doa
Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957]
No comments:
Post a Comment