Haram Menyambut Hari
Valentine
Dengan Nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani;
Segala Pujian dan Kesyukuran hanya kepada Allāh; Selawāt dan Salām keatas Muhammad Rasullullah.
Segala Pujian dan Kesyukuran hanya kepada Allāh; Selawāt dan Salām keatas Muhammad Rasullullah.
Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah
memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day adalah haram kerana tidak
pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur
Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oIeh Islam.
Hari
Kekasih juga digelar sebagai: "Valentine’s Day" yang disambut pada 14
Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja
bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Ia disambut
dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga
parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir
dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka. Jelas
dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah
melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.
Meskipun
begitu, tidak dinafikan terdapat di kalangan remaja dan pasangan Islam di
negara ini, turut meraikan "Hari Valentine" ini. Mereka meraikannya
kerana ingin bersukaria dan terikut-ikut dengan budaya ini tanpa mengetahui
sejarahnya.
Berdasarkan
penerangan di atas, jelaslah bahawa tidak ada istilah "Hari
Kekasih" atau "Hari Valentine" dalam Islam. Justeru,
orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam
memang menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain,
tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan
mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oIeh syarak. Bukan dengan jalan
yang mendorong atau merangsang kepada kemungkaran dan maksiat.
Islam
adalah Agama Fitrah yang praktikal, bukan menyekat kebebasan tanpa sebab dan
bukan membiarkan umatnya bebas tanpa pedoman. Islam adalah agama yang mengatur
kehidupan dengan lebih sempurna untuk umatnya. Islam tidak pernah menyekat
hubungan kasih sayang antara umatnya. Malah terlalu banyak ayat Al-Quran dan
Hadith menyatakan hikmah berkasih sayang.
Firman
Allāh :
"Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu
sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi,
nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi
Allāh telah membibitkan kemesraan antara (hati) mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana".
[Surah
Al-Anfal, 8: 63]
Sumber
Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi
Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan
diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan
agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari
penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan
gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh,
dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan
"Daripada Valentinemu". Maka semenjak itu orang Kristian mengambil
sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati
hari kematian paderi mereka, Valentine ini.
Jelaslah
bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut dan sebagai
seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allāh dan kerasulan Muhammad
(Sallallāhu 'alaihi wa sallam), wajarkah kita merayakan hari kekasih ini?,
patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan?. Alangkah
jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita
dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah (radiyallāhu`anhu),
bahawa Rasulullah (Sallallāhu 'alaihi wa sallam) bersabda yang bermaksud:
"Demi Allāh yang nyawaku di dalam genggaman-Nya,
pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti
mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat
bertanya: "Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab:
"Siapa lagi kalau bukan mereka?” [Al-Bukhari]
Apa
yang lebih menyedihkan akibat dari merayakan sambutan hari-hari seperti ini
remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial
serta keruntuhan moral. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak tahun
2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa
dicatatkan nama bapa. Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak
sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh 9 tahun tersebut.
Jumlah
yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya mengundang rasa
bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam. Jumlah itu membawa purata
sebanyak 28,601 orang bayi setiap tahun. Sedarlah! segalanya ini bermula dengan
gaya hidup barat yang songsang, yang telah diterima dalam masyarakat kita.
Justeru,
setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya "Hari
Kekasih" yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat
Islam. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha
sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan
kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk
merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.
Malangnya,
masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka, ramai dari
kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup
mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu
bertentangan dengan ajaran Islam dan budi pekerti mulia. Harus diingat,
meniru budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui
latarbelakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada
kehancuran. Perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak umat Islam,
bahkah boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.
OIeh
itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikut landasan Islam yang
sebenar. Bukankah lebih baik kita mengamalkan adat dan budaya kita yang
sopan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.
Marilah
sama-sama kita renung beberapa perkara penting sebagai rumusan dan peringatan
bagi kita semua, antaranya:
1-Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang mengenang
hari kematian seorang paderi mereka. Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam.
2-Umat Islam adalah dilarang sama sekali menyambut Hari Kekasih ini, termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.
3-Umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.
4-Pihak Media dan pengamal Laman Sosial adalah diminta untuk tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun.
"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju
atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka
(yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):
"Sesungguhnya petunjuk Allāh (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.
Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya
(wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka
tiadalah engkau akan peroleh daripada Allāh (sesuatu pun) yang dapat mengawal
dan memberi pertolongan kepadamu. Orang yang Kami berikan kitab kepada
mereka, sedangkan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah
dan memutar-belitkan maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepada-Nya
dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi".
(Al-Baqarah,
2: 120-121)
Ya
Allāh, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah
mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke
arah memperkukuhkan umat Islam sebagai umat yang maju, sejahtera dan
berkebajikan.
Justeru
itu, kami pohon kehadrat-Mu Ya Allāh, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal
kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami
dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti
yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami
daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak
penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian,
negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
[Via
JAIS; Khutbah Juma’at, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, 11 Februari 2011]
No comments:
Post a Comment