Saudara yang drahmati Allah SWT,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah Nya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan orang yang paling bertakwa.
Seketika kita menyambut kehadiran tahun Hijrah 1429, amat molek dan tepat pada masanya, kita membuat muhasabah diri, meninjau negara Islam dan kedudukan umatnya dicelah-celah masyarakat dunia. Ini sangat penting dalam usaha kita memacu perjalanan masa depan yang lebih teratur, untuk meletakkan diri dalam persaingan global yang sangat sukar, supaya kita boleh sampai ke tahap penjanaan ummah yang gemilang, setelah kita mengetahui kekuatan dan kelemahan diri kita.
Khutbah kita minggu ini menyentuh dua perkara :
1. Menyorot kelemahan dan kesilapan diri muslimin masa kini untuk menjadi iktibar, agar tidak diulangi lagi kesilapan yang sama dalam mencorak masa depan ummah.
2. Membongkar kekuatan muslimin, agar mereka mampu mempergunakan kekuatan yang sedia ada pada mereka, sebagai model dan asas penjanaan ummah gemilang.
Ketika menyorot kelemahan umat Islam, Muhammad Nasir ulamak yang terkenal dari Indonesia, menyingkap empat gejala yang sentiasa menyekat kemajuan umat manusia :
1. Ketandusan idea
2. Sering bermusuhan
3. Tidak menghargai diri
4. Rakus pada dunia dan takut menghadapi risiko.
Umat Islam yang mempunyai kekayaan dengan pelbagai potensi, baik berupa kekayaan ekonomi, mahupun sumber manusia, namun mereka gagal memanfaatkan potensi-potensi itu dengan baik, disebabkan kemuflisan dia cipta atau apa yang disebut kemandulan minda. Sumber-sumber kekayaan itu samada terbiar begitu sahaja atau disia-siakan atau dimanfaatkan oleh orang lain.
Akibat dari gagal berfikir secara bijaksana, mereka sering mengambil jalan mudah, iaitu mengambil penyelesaian dari luar terutamanya dari barat, sedangkan apa yang mereka ambil itu tidak sesuai dengan keadaan tempatnya. Masyarakat Islam menjadi lesu dan tidak bermaya kerana gagal menyelesaikan perkara dalaman mereka dengan budaya setempat dan cara mereka sendiri. Maka, jadilah apa yang dikatakan : "Keunggulan Islam terselindung di sebalik kelesuan dan kebekuan umatnya. Allah SWT mengingatkan kita :
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta."
Salah satu daripada kelemahan umat Islam itu sendiri adalah suka bermusuhan. Mereka sangat senang jika ada lawan. Bila ada musuh, mereka akan bersatu. Jika tiada musuh, mereka akan bercakaran sesama sendiri. gejala ini amat jelas berlaku di sebahagian besar negara umat Islam, malah di negara kita juga tidak terkecuali. Musuh-musuh Islam sangat-sangat mengharapkan budaya begitu terus menjadi amalan umat Islam. Perpaduan sangat penting, ia adalah tonggak kekuatan. Tetapi perpaduan itu semestinya sentiasa ada, dalam semua keadaan. Penyakit ini harus diubati segera oleh orang Islam. Tidak ada siapa yang boleh mengubahnya, melainkan kita sendiri. Allah SWT ada menyebutkan :
"... Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
Satu lagi penyakit yang dideritai oleh umat Islam ialah penyakit atau sikap tidak menghargai diri sendiri, sedangkan mereka juga punya segala-galanya yang mampu menjadikan mereka umat yang gemilang. namun, mereka mudah sekali terikut dengan budaya orang lain. Mereka mudah mengagumi sesuatu yang bercitarasakan barat, sedangkan apa yang mereka miliki lebih unggul dari itu. Dengan bercitarasakan itu, mereka terasa elit, terpelajar, maju dan kelas yang dapat banggakan, sedangkan mereka sebenarnya adalah penghidap penyakit hilang keyakinan diri yang sangat kronik. Mereka lupa kepada firman Allah SWT:
"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perumpamaan iaitu : Kalimah yang baik (iaitu kalimah tauhid) Adalah seperti sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit." (Ibrahim:24)
Perkara terakhir yang dibicarakan oleh Muhammad Nasir, rakus pada dunia, takut menghadapi risiko, sebagai gejala yang menghalang kemajuan ummah. Manusia yang punya sifat ini, samalah seperti haiwan pelahap, watak gelojoh yang mahu mengaut keuntungan tanpa mempedulikan hukum halal haramnya. Orang seperti ini tidak sanggup jika diajak berjuang membela nasib ummah, dengan alasan sibuk dengan bisnes, takut rugi, takut jatuh, takut susah dan berbagai-bagai takut lagi yang tidak berasas sama sekali.
Apa sudah jadi dengan umat Islam?. Jawapannya tidak lain seperti yang pernah diperingatkan oleh Rasulullah SAW mereka ditimpa penyakit (Al-Wahn) - Lemah yang menyebabkan mereka sangat sayangkan dunia dan bencikan kematian.
Sungguhpun umat Islam menderitai dengan parah penyakit-penyakit yang disebutkan tadi, tetapi mereka masih mempunyai dan memiliki kekuatan dan keteguhan asas yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka. Masalahnya di sini ialah menyedarkan mereka bahawa mereka sebenarnya mempunyai segala-galanya yang mampu menjadikan mereka ummah gemilang, kiranya mereka sedar dan mampu pula mencerna dan mempergunakannya dengan penuh bijaksana, mereka boleh membina tamadun yang berupaya menjadi pesaing terhebat dalam persada antarabangsa dan dunia globalisasi ini.
Antara asas-asas kekuatan umat Islam :
1. Sumber rujukan utama mereka iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Al-Quran adalah wahyu Ilahi sebagai sumber perundangan Islam yang utama.Dengan turunnya Al-Quran kitab-kitab lain telah di mansuhkan. Manakala As-Sunnah pula di tempat kedua, iaitu sebagai penjelasan penafsiran dan pelaksanaan kepada Al-Quran. Kedua-dua sumber ini mestilah di jadikan dasar untuk membangun kehidupan dan tamadun bangsa dengan sempurna. Semoga dengan itu dapat menjamin keselamatan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT :
"...Maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara."
2. Keupayaan tenaga dan sumber manusia yang besar : Jumlah umat Islam menghampiri 1/4 dari penduduk dunia, mampu memberi laluan yang jelas serta dorongan yang kuat bagi membina tamadun dan menjana kegemilangan. Asalkan mereka menggunakan seluruh keupayaan minda yang Allah SWT kurniakan dan mereka pula tidak bermusuhan sesama mereka.
3. Lokasi dan kekayaan ummah : Alhamdulillah, semua negara-negara Islam berada dalam lokasi yang strategik dunia dari segi geografi dan manfaat ekonominya, di samping di penuhi dengan sumber kekayaan, kualiti dan kuantiti. Dengan kedudukan yang sangat istimewa ini, kuasa asing sangat cemburu kepada umat Islam dan sentiasa pula menentang segala usaha pembangunan dan reformasi yang dilakukan oleh dunia Islam. Kesedaran dan keupayaan kita memanfaatkan kelebihan ini melakar jalan yang lebar terbuka untuk kita menjadi umat gemilang dan menerajui kepimpinan dunia, malah umat Islam pernah melakukannya 800 tahun yang lalu. Ingatlah penghargaan Allah SWT kepada kita :
"Sesungguhnya Kami telah catatkan dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada loh Mahfuz : Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh." (An-Nisaa':105)
4. Ikatan persaudaraan sesama masyarakat Islam : Seluruh umat Islam adalah bersaudara, dengan ikatan syarak. Mereka umpama binaan yang saling menguatkan antara satu sama lain. Jalinan ini, semestinya dipergunakan demi membentuk gabungan antara jati diri ummah dan sikap keterbukaan sesama mereka dalam satu wadah, satu perjuangan dan satu hasrat untuk menjana kegemilangan pada masa akan datang.
"Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Al-Hujuraat:10)
®Jais

No comments:
Post a Comment