Dzikir Dan Wirid Selepas Solāh
Dengan Nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan Kesyukuran hanya kepada Allāh; Selawāt dan Salām keatas Muhammad Rasullullah.
Segala Pujian dan Kesyukuran hanya kepada Allāh; Selawāt dan Salām keatas Muhammad Rasullullah.
Bagaimanakah cara berdzikir dan berwirid selepas solāt menurut as-Sunnah? Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang terdahulu dan kita tidak pernah bertanya dari mana sumbernya.
Masyarakat kita juga sering berfikir bahawa asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah ianya dilakukan.
Namun begitu, elok juga kita melihat beberapa dalil dan pandangan para ulama’ mengenai isu ini bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-benar menepati maksud al-Qur’ān dan Hadis Rasulūllāh (Sallallāhu 'alayhi wasallam).
Firman Allāh Subhānahu wata’la yang maksudnya:
“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”
(Surah al-A’raf, ayat 205)
“Berdoālah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. sesungguhnya Allāh tidak suka kepada orang yang melampaui batas.”
(Surah al-A’raf, ayat 55)
“Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu”
(Hadis riwayat Bukhāri, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibn Mājah)
Banyak riwayat menunjukkan Rasulūllāh (Sallallāhu 'alayhi wa sallam) ada berdzikir dan berdoā’ selepas Solāt tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.
Imām as-Shāfi’ie (rahimahullah) ada menyebut perkara ini yang di antara lain menyatakan bahawa:“Saya (Imām Shāfi’ie) memandang baik bagi imām dan makmum, bahawa berdzikir kepada Allāh, sesudah selesai daripada solāt. Kedua-duanya menyembunyikan dzikir, kecuali jika dia (imām) mahu mengajar orang lain. Maka imām mengeraskan suaranya, sehingga dia melihat orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah (memperlahankan) suaranya.” (Kitab al-Umm, Jilid 1)
Imām an-Nawawi (rahimahullāh), ketika mengulas kaedah-kaedah berdzikir selepas Solāt berjemaah, juga bersetuju dengan kesimpulan Imâm as-Shāfi’ie (rahimahullāh). Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab.
Imām al-Baihaqi (rahimahullāh) ada menyebut bahawa:“Bahawa dzikir dan doā’ sesudah solāt harus disirrkan (perlahankan) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dijaharkan (dikuatkan) supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui, maka zikir dan doā’ itu harus disirrkan (diperlahankan).” (Kitab Zikir dan Doā’-Doā’ Rasulūllāh (Sallallāhu 'alayhi wa sallam), Sunan al-Kubra)
Imām Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullāh) juga menyebut perkara yang sama bahawa: “Tidak disukai mengeraskan suara waktu berdzikir dan berdoā’. Demikianlah juga pendapat golongan salaf dari para sahabat dan tabi’en (orang selepas sahabat).” (Kitab Fathul-Bāri)
Kesimpulannya, para ulama’ bersetuju bahawa berzikir atau berwirid selepas Solāt adalah secara bersendirian dan dilakukan secara perlahan-lahan. Berdzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat boleh menimbulkan gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolāt iaitu bagi mereka yang masih meneruskan Solāt kerana terlewat (makmum masbuq) dan juga bagi mereka yang sedang Solāt sunat selepas itu (sunat ba’diah).
Semua dzikir kita selepas Solāt adalah dari Rasulūllāh (Sallallāhu 'alayhi wa sallam);cuma Rasulūllāh (Sallallāhu 'alayhi wa sallam) tak buat secara ramai-ramai kecuali bertujuan untuk mengajar orang ramai (Sahabah) beberapa ketika.Jadi selepas Solat Juma'at elok buat dzikir rengkas untuk mendidik ummah.
Mengikut hadith-hadith sahih ganjarannya amat besar.Kita perlu ikut Suunah itu yang menjadi bentuk etika selepas Solāt:
Mengikut hadith-hadith sahih ganjarannya amat besar.Kita perlu ikut Suunah itu yang menjadi bentuk etika selepas Solāt:
1. Selepas Salām:
a. Istighfar:"Astaghfirullāh" (Allāh, aku memohon keampunan mu) atau "Astaghfirullāh-[al‘adzīm], alladzi lāilaha illa, huwal-hayyul-qayyum, wa atūbu ilaih" (Aku memohon keampunan kepadamu Allāh - [tanpa ketidaksempurnaan],dengan Nama yang tidak ada tuhan yang benar kecuali Allāh Yang Maha Hidup, Yang Pernah Hidup Abadi, dan aku rujuk kembali bertaubat kepadaNya) tiga kali.
b. Baca: “Lā ilāha illallāh wahdahu lāsharīka lah, lahul-mulk wa lahul-hamd wa huwa ‘alā kulli shayiñ qadīr. Lā hawla wa lā quwwata ilâ Billāh wa lā na’budu illā iyyāh. Lahul-ni’mah wa lahul-fadl wa lahul-thanā’ al-hasan. Lā ilāha illallāh mukhlisīna lahuddīna wa law karihal-kāfirūn. Allāhumma lā māni’ lima a’tayta wa lā mu’ti lima mana’ta wa la yanfa’ dzāl-jadd minka al-jadd” juga dari Rasulūllāh (Sallallāhu 'alayhi wa sallam).
c. Kemudian, mohon untuk Jannah dan perlindungan dari api neraka: "Allahumma inni as 'aluka al-Jannah", (wahai Allāh, aku bermohon pada mu Jannah) "Allahumma ajirni minan-Nār" (Wahai Allāh, lindungilah aku dari api neraka) atau kata: "Allāhumma inni as'aluka al-jannah wa a ‘udzu bika min an-Nār" (Wahai Allāh, aku bermohon pada mu Jannah dan berlindung kepada-Mu dari azab api neraka), tiga kali. Ini juga dari Rasulūllāh (Sallallāhu 'alayhi wa sallam).
d. Kemudian kata: "Allāhumma anta al-Salām wa minka al-Salām tabārakta ya dzal-Jalali wal-Ikram" (Wahai Allāh, yang maha suci daripada sebarang kecacatan dan kekurangan, dan dari Pemberi semua kedamaian, dan semua cara hidup yang berkat, Pemilik segala keagungan dan Penghormatan).
f. Kalau wirid Ayat Kursi, lebih baik terus baca “Allāhu lā ila” - kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian.
g. Baca dua Ayat akhir Surah Al-Baqarah: āmanarasūlu…
h. Baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas lepas Solāt untuk tolak sihir.
i. Dzikir tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali bergantung kepada Solāt: Subhān Allāh; Al-hamdu Lillāh Allahu Akbar" (Maha Suci Allah; Segala Puji-Pujian hanya kepada Allah; Allah adalah Maha Besar) 33 kali, dan menggenapkan 100 mengatakan: "La ilaha ill Allāh wahdahu la sharīka lah, lahul-mulk wa lahul hamd wa Huwa 'ala kulli Qadīr" (Tiada tuhan melainkan Allah, dengan tiada bersekutu tidak ada atau mengaitkan beliau ialah kedaulatan dan segala puji tertentu bagiNya, dan Dia Maha Kuasa untuk melakukan semua perkara)
Lepas Maghrib, seelok-eloknya dipendekkan. Cepatkan dzikir kerana Solāt sunat lepas Maghrib diangkat bersama fardhu Maghrib.
2. Kalau ada Solāt-solāt sunat, pendekkan dzikir dan buat solât sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solāt sunat jika mahu.
Lepas Subuh dan Asar dzikirlah panjang sikit kata Tasbih, Tahmid dan Takbir: Subhān Allāh wal-hamdu Lillāh Wala Ilāha illallāh wa Allāhu Akbar" (Maha Suci Allāh, Segala Puji-Pujian hanya kepada Allāh; dan Tiada Tuhan melainkan Allāh; dan Allāh adalah maha besar) 33 kali, dan menggenapkan 100 dengan menyatakan: "La ilaha ill Allāh wahdahu la sharīka lah, lahul-mulk wa lahul hamd wa Huwa 'ala kulli Qadīr" (Tiada tuhan melainkan Allah, dengan tiada bersekutu tidak ada atau mengaitkan beliau ialah kedaulatan dan segala puji tertentu bagiNya, dan Dia Maha Kuasa untuk melakukan semua perkara) dan kemudian: "Subhan-Allāhi wa bihamdihi, Subhan-Allāhil-'Azim" (Maha Suci adalah kepada Allah dan kepada-Nya segala pujian, Maha Suci Allāh, Terbesar tanpa ketidaksempurnaan) 100 kali sehari kerana tidak ada solāt sunat selepas itu. Kecuali ada majlis ilmu, ceramah agama.
Zikir itu lebih besar dari jihad dan sedekah. Tapi zikir adalah juga bermakna saperti majlis ilmu, kelas agama dan khutbah. Ramai orang akan mendapat nia'mat masuk syurga kerana berzikir.
3. Lepas Isya’ juga ada Solāt sunat. Seeloknya 4 raka’at.Jika takut tak dapat bangun buat sunat witir.
4. Dan kemudian Solāt Tahajjud kerana Solāt Tahajjud rahmat pahalanya amat besar. Rasulūllāh (Sallallāhu 'alayhi wa sallam) tidak pernah tinggal Solāt Tahajjud dan witir dan menggalakkan umatnya melakkukannya.
Wallahu'alam
[Via Nasbun Nurain]
See: Dzikir after Solāh
See: Du‘ā after Solāh
No comments:
Post a Comment