Solāh Itu Tiang Agama
Dengan Nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan Kesyukuran hanya kepada Allāh; Selawāt dan
Salām keatas Muhammad Rasūllullah, Sallallāhu `alayhi wasallam.
Marilah
kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kehadrat Allāh Subhānahu wa ta`ala diatas
segala nikmat yang telah dikurniakannya kepada kita, semoga dengan kurniaan
tersebut akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kita kepadanya, disamping
mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang menjadi
larangannya.
Makna
solāh dari segi bahasa adalah do`ā. Dari istilah syarak ialah solāh
yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir
dan disudahi pula dengan Salam.
Solāh juga adalah suatu
kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam, tidak kira ianya miskin,
kaya, hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya.
Sabda
Rasūlullāh (Sallallāhu `alayhi wasallam): "Ditegakkan
Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah
dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu
Rasūlullāh, mendirikan Solāh,
mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan Ramadhān".
[Al- Bukhari]
Daripada
hadis menunjukkan kepada kita bahawa kewajipan solāh amat penting sekali dalam kehidupan
seharian bagi setiap individu
Muslim.
Bagi
mereka yang meninggalkan solāh adalah berdosa besar kerana ia menjadikan
seseorang itu tidak ada keislamannya kecuali mengerjakan solāh pada setiap
waktu disamping menunaikan rukun Islam yang lain.
Dalam
ertikata lain, Rukun Islam mestilah dikerjakan dan wajib menjadikannya sebagai
amalan harian yang berkekalan, supaya tidak cacat sifat keislamannya sebagai
seorang Muslim.
Sebahagian
daripada masyarakat kita hari ini menganggap bahawa solāh itu sebagai `ibadat
untuk perseorangan sahaja, namun
sebenarnya ada beberapa hikmah dari segi kemasyarakatan
yang terjalin dengan cara berhimpun (berjema`ah didalam masjid-masjid dan
surau-surau.Semua ini adalah menjadikan satu jalinan untuk mempereratkan silaturrahim
dan kesedaran bersama bagi mencapai keredhaan Allāh Subhānahu wa ta`ala.
Begitu
juga Allāh Subhānahu wa ta`ala mewajibkan keatas mereka supaya melakukan Solāh al-Juma`ah
sekali dalam seminggu, disamping mereka berkumpul untuk mengabadikan diri
kepada Allāh Subhānahu wa ta`ala, dapat juga mereka berkenal-kenalan diantara
satu sama lain, disamping mendengar panduan
dan nasihat daripada teks khutbah dibacakan oleh khatib demi kebajikan
bersama dalam usaha mencapai keredhaan Allāh Subhānahu wa ta`ala.
Rasūlullāh
(Sallallāhu `alayhi wasallam) bersabda: "Solāh berjema`ah lebih afdhal daripada solāh
seorang diri dengan beroleh ganjaran 27 darjat". [Riwayat Al-Bakhari]
Solāh
dalam kehidupan seseorang Muslim bagaikan alat penggerak atau pemangkin kepada
kecemerlangan ummah dan ianya juga merupakan tiang kepada agama kita.
Sabda
Rasūlullāh (Sallallāhu `alayhi wasallam): "Solāh
itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya
dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya".
[Riwayat Al-Bakhari dan Muslim]
Daripada
hadis yang dibacakan tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang benar-benar
beriman kepada Allāh dan hari akhirat akan merasa bahawa solāh itu adalah satu
perkara yang mudah dan senang sekali untuk dikerjakan, berbanding dengan sikap
orang-orang yang berjiwa kotor serta keji, yang mana akan merasakan begitu
sukar dan amat susah sekali untuk melakukan `ibādah solāh, seolah-olah `ibādah
solāh itu menjadi beban kepada kehidupan mereka.
Firman
Allāh Subhānahu wa ta`ala: "Sesungguhnya
orang-orang munafik itu melakukan tipudaya (terhadap agama) Allāh (dengan
perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula
tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan
munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak Solāh, mereka berdiri dengan
malas. Mereka (hanya bertujuan) riya' (memperlihatkan Solāhnya) kepada manusia
(supaya disangka bahawa mereka oleh orang yang beriman), dan mereka pula tidak
mengingati Allāh Subhānahu wa ta`ala (dengan mengerjakan Solāh) melainkan
sedikit sekali (jarang-jarang)".
Kalau
kita renungi dan amati, bahawa `ibadat Solāh yang kita lakukan lima kali sehari
semalam dapat melahirkan beberapa sifat kemanusiaan yang unggul,
antaranya:
1.
Sesungguhnya `ibādah Solāh itu boleh melahirkan umat Islam yang terbaik, kerana
ibādat Solāh dapat mendidik setiap individu memiliki peribadian yang cemerlang
didunia dan akhirat.
2.
Solāh juga boleh mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar
sebagaimana Firman Allāh Subhānahu wa ta`ala:
"Dan dirikanlah Solāh (dengan tekun), sesungguhnya Solāh itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar". [Al-Ankabut ayat 45]
3.
Solāh itu dapat membantu kita samada dalam keadaan senang atau pun susah.
Firman
Allāh Subhānahu wa ta`ala: "Wahai sekalian
orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah
dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan
(mengerjakan ) Solāh, kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong)
orang-orang yang sabar". [Al-Baqarah ayat 153]
4.
Solāh mendidik dan melatih kita menjadi orang yang dapat menghadapi segala
kesusahan dengan hati yang tenang dan sabar serta dapat menghilangkan tabi `at
sombong dan takabur. Ini kerana orang yang benar-benar mendirikan Solāh tidak
sekali-kali takut akan kemiskinan dan keperitan hidup didunia ini.
5.
Solāh boleh menghasilkan sifat tetap pendirian, mengekalkan kita dalam
mengerjakan sesuatu kebajikan dengan memberi kekuatan, kemahuan serta menyuruh
kita memelihara peraturan-peraturannya menguatkan sifat displin diri,
berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan.
6.
Bagi menjadikan hati manusia itu baik dan bersih, ianya perlu dibasuh melalui
ibādat solāt, membaca al-Qur`an Karīm dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat.
Ini dapat memberikan ketenangan hati serta melahirkan rasa cinta kepada Allāh
Subhānahu wa ta`ala, disamping akan memperolehi cahaya iman dengan penuh
khusyuk dan tawaduk terhadap perintah allah dan larangannya.
Dengan
ini jelaslah kepada kita, bahawa mereka yang tidak mengerjakan ibādat solāh,
maka sudah pasti selama-lamanya mereka dalam keadaan berdosa besar kerana hidup
dalam kekufuran. Mereka hanya mengenal kebaikan Islam, tetapi tidak terbuka
hati untuk beramal ibadat dan menerima ajaran Islam. Oleh itu, bagi mereka yang
tidak melakukan solāh, sudah pasti mereka tidak dapat mengenal Allāh Subhānahu
wa ta`ala, maka selama itulah pula dia tidak akan pernah mengenal dirinya
sendiri. Adakah dirinya seorang yang baik? Seorang yang jujur, seorang yang
amanah atau pun dirinya adalah jahat dan penipu? Seorang yang pendengki,
pengkhianat, suka melakukan maksiat dan lain-lain lagi. Itulah sifat dan
kelakuan orang yang tidak mengenal Allāh Subhānahu wa ta‘ala hasil daripada
tindakannya tidak melakukan solāh.
Sebagaimana
yang kita maklumi, bahawa rukun Islam yang kedua ialah Solāh Lima waktu sehari
semalam. Dalam sebuah hadis Rasūlullāh (Sallallāhu `alayhi wasallam) bahawa
seorang lelaki telah bertemu Rasūlullāh (Sallallāhu `alayhi wasallam) lalu ia
berkata:
"Wahai Rasūlullāh! Tunjukkanlah kepada aku satu amalan yang
membolehkan aku masuk kesyurga". Maka Rasulūllāh (Sallallāhu `alayhi
wasallam) menjawab dengan bersabda:
"Engkau hendaklah mengabadikan diri kepada Allāh Subhānahu
wa ta`ala, jangan menyengutukannya dengan sesuatu pun, dirikanlah Solāh
sebagaimana yang difardhukan dan keluarkanlah zakat serta berpuasa dibulan Ramadhān".
Lalu orang itu berkata: “Demi Allāh yang berkuasa keatas diriku, aku tidak akan
menambah atau mengurangi sama sekali apa yang telah dijelaskan
kepadaku.”Setelah orang itu beredar, Rasūlullāh (Sallallāhu `alayhi wasallam)
bersabda: "Siapa yang ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada
lelaki itu". [Riwayat
Al-Bakhari]
Akhirnya
marilah sama-sama kita menilai semula Solāh fardhu yang telah kita kerjakan,
kerana Solāh itu penghulu segala ibādat yang telah disyariatkan oleh Allāh
Subhānahu wa ta‘ala ketika Rasūlullāh (Sallallāhu ‘alayhi wasallam) dimakrajkan
dan juga sekaligus mengangkat darjat solāh sebagai ibadat yang terpenting
kerana ibādat solāh bukan hanya mempunyai nilai rohani, tetapi juga nilai
pendidikan, kerana ia bukan sahaja membersihkan dosa, bahkan Solāh juga mempu
mengubah peribadi manusia jika dia mengerjakannya dengan baik dan sempurna.
Insha’Allāh, solāh juga merupakan penawar kepada umat Islam demi mencapai
kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat.
Wallāhu`alam
[Via Jais (Khutbah Al-Juma`ah)]
1.
The Introduction; 1.6.
Clearing the Misconceptions
2.1. Facing the Ka`abah ; 2.2. Standing in Solah ; 2.3. Intention ; 2.4. Takbīratulihram ;
2.1. Facing the Ka`abah ; 2.2. Standing in Solah ; 2.3. Intention ; 2.4. Takbīratulihram ;
2.6.
Opening Supplications of Solāh; 2.7. The Recitation;
2.8.
Ruku ; 2.9. Sujud; 2.10. Second Rak`ah ; 2.11. First Tashahhud;
2.12. Standing up for the Third, and then the Fourth Rak`ah;
2.13. The Final Tashahhud; 2.14. The Taslim.
2.12. Standing up for the Third, and then the Fourth Rak`ah;
2.13. The Final Tashahhud; 2.14. The Taslim.
All About The Solah
13. Places Where Offering
Solāh Is Prohibited ; 14. Placing a Sutrah In
front of One Who is Performing Solah;
15. What is permissible
During the Solāh?; 16. The Acts that Renders
Solāh Invalid; 17. Disliked Actions during
the Solāh; 18. The Solāh in Times of Fear
or Danger; 19. The Solāh of a Sick
Person ;
No comments:
Post a Comment